Breaking News
Loading...
Rabu, 8 Julai 2015

Info Post


Malaysia sebuah negara yang kaya dengan pelbagai keindahan. Bukan sahaja penduduknya yang baik dan ramah, negaranya yang aman dan permai malah Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Tak heran, kalau Malaysia sering menjadi pilihan para pelancong untuk menikmati keindahan alam di sini.




Berikut merupakan 10 tempat menarik untuk dilawati di dalam Malaysia. Kalau ikutkan banyak sangat tempat menarik yang boleh disenaraikan, namun ini adalah temapt-tempat yang sering menjadi tumpuan dan pilihan pengunjung dan pelancong. Jom tengok.

10. Kota Bharu


Kota Bharu sebuah bandar yang terletak di timur Malaysia iaitu di Negeri Kelantan. Kelantan sememangnya mempunyai pelbagai keunikan yang sangat indah yang sering menjadi tumpuan pengunjung di Kota Bharu adalah Kota Sultan Ismail Petra, Kampung Kraftangan & Muzium, Istana Jahar, Muzium Diraja Balai Bat, Pasar Siti Khadijah, Pasar Wakaf CheYeh dan banyak lagi.

9. Melaka


Walaupun kecil, negeri Melaka mempunyai keistimewaan tersendiri. Kesan-kesan pemerintahan dan penjajahan beradad dulu masih dapat dilihat di Melaka. Kini, tempat ini dibangunkan dan dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong. Antara yang terkenal di Melaka adalah Kota A-Famosa, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, Bandar Hilir dan banyak lagi.

 8. Cameron Highland


Cameron Highland memang terkenal sebagai kawasan tanah tinggi yang cantik dan menjadi tumpuan pelancong. Malah Cameron Highland merupakan tempat perlancongan yang terawal di Malaysia.

7. Kota Kinabalu


Kota Kinabalu iaitu ibu negeri Sabah merupakan salah satu destinasi perlancongan yang semakin pesat membangun. Antara yang paling menjadi tumpuan adalah gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu malah pulau-pulau cantik iaitu Pulau Mabul, Pulau Sipadan sesuai dikunjungi bersama yang tersayang.

6. Kuching


Kuching merupakan ibu negeri bagi negeri yang terbesar di Malaysia iaitu Sarawak. Kuching kaya dengan pelbagai keunikan alam semulajadi dan tempat-tempat bersejarah antaranya Gunung Mulu, Kampung Budaya Sarawak, Taman Negara Bako dan banyak lagi.

5. Pulau Pinang


Dengan pembangunan yang semakin pesat di Pulau Pinang, sudah pasti ia akan menjadi salah satu destinasi menarik untuk dilawati tak kira bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Yang sering menjadi tumpuan pelancong di Pulau Pinang adalah Bukit Bendera, Batu Feringgi, Padang Kota Lama, Nasi Kandar Beratur dan banyak lagi. Jambatan Pulau Pinang yang panjang turut menjadi lambang kebanggaan penduduk tempatan.

4. Langkawi


Pulau Langkawi sebuah pulau yang sememangnya terkenal sebagai destinasi perlancongan. Antara yang menjadi tumpuan disana adalah Cable Car Langkawi, Pantai Beras Basah, Makam Mahsuri dan Pulau Dayang Bunting. Dengan persekitarannya yang tenang, nyaman dan jauh dari kesesakan jalanraya, ramai pelancong berkunjung ke sana terutama pada musim cuti sekolah.

3. Terengganu


Negeri Terengganu mempunyai banyak keistimewa. Disamping bandarnya yang bersih dipersisir pantai, banyak tempat boleh dilawati bersama keluarga antaranya Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Tasik Kenyir, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi. Malah, Terengganu adalah satu-satunya negeri yang dikelilingi paling banyak pulau yang indah dan terkenal sebagai destinasi perlancongan.

2. Taman Negara


Taman Negara yang terletak di daerah Jerantut, Pahang ini merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong yang mendekatkan manusia dengan alam semulajadi. Keindahannya sukar digambarkan tetapi harus dirasai sendiri kerana ia menjanjikan pengalaman yang luar biasa.

1. Kuala Lumpur


Bagi yang sudah biasa di suasana kampung, kotaraya Kuala Lumpur menjanjikan pelbagai tempat yang menarik dan urban untuk dilawati antaranya KLCC, KL Tower, Aquaria KLCC, Taman Burung, Sunway Lagoon, Muzium Negara, Dataran Merdeka dan banyak lagi.

Kredit Oh!Media

0 comments: