Breaking News
Loading...
Selasa, 17 September 2013

Info Post

Tentu semua sudah maklum yang harga minyak di negara kita Malaysia telah dinaikkan baru-baru ini. Macam-macam maklum balas yang diterima baik yang baik mahupun yang buruk. Lumrah alam kita lebih banyak menerima rungutan tentang hal ini. Ya lah, siapa yang suka jika harga jadi mahal,


kena bayar lebih. Tetapi kerajaan sudah memberi pelbagai penjelasan menegenai keperluan untuk mengurangkan subsidi minyak ini. Terpulang kepada anda untuk menilai secara bijak. Orang yang bijak tidak akan panik dalam situasi sebegini tetapi memikirkan cara yang lebih efisyen untuk menempuhi dugaan.

Jadi, bila harga minyak naik orang yang paling tidak terkesan adalah mereka yang tidak menggunakan pengangkutan persendirian. Walaupun mereka ada terkesan sedikit dengan kenaikan harga barang tetapi kesannya boleh dikatakan kecil daripada mereka yang menggunakan kenderaan sendiri. Jadi, penyelesainnya adalah jangan pakai kereta pergi ke tempat kerja atau ke tempat-tempat lain. Naik saje kenderaan awam seperti bas, teksi, keretapi dan juga LRT. Tak pun naik basikal je. Jimat dan akan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Pencemaran alam pun akan kurang.

Tetapi pasti ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan di atas, atas pelbagai alasan. Contohnya tidak selesa naik kenderaan awam. Servis kenderaan awam tidak bagus dan kemudahan awam tidak meliputi kawasan yang ingin mereka tujui. Jadi kalau terpaksa naik sahaja kereta dan praktikkan teknik penjimatan minyak di bawah ni:--

1) Bila traffic light tukar kuning tak payah nak tekan minyak kuat-kuat supaya boleh lepas. Just cool, brek sedikit supaya kereta makin perlahan dan berhenti sepenuhnya bila lampu merah. Sama juga bila lampu hijau, jangan tekan kuat-kuat pedal minyak tu, tekan pelan-pelan biar makin lama makin laju. Anda perlu tahu minyak banyak digunakan bila memecut kenderaan.

2) Jangan mengekor kereta dalam jarak yang terlalu dekat. Tindakan ini akan mengakibatkan anda akan membrek dengan mengejut dan menekan minyak dengan mengejut juga. Jauhkan jarak anda dari kenderaan depan dalam 2 saat. Jangan tergopoh-gapah. Selain jimat minyak, kemalnagan pun dapat dielakkan.

3) Tidak perlu panaskan enjin lama-lama. Tindakan ini akan membazir minyak je. Enjin hidup tapi tak gerak-gerak. Teknologi kereta sekarang sudah canggih dan tidak memerlukan anda memanaskan enjin dengan begitu lama.

4) Jangan mematikan kereta lepas tu hidupkan balik. Biasanya benda ni jadi bila singgah kat kedai-kedai tepi jalan. Berhenti sekejap tak memerlukan anda padam enjin kerana minyak banyak digunakan pada permulaan enjin dihidupkan. Kiralah jumlah penggunaan minyak jika anda asyik hidup dan matikan enjin.

5) Bawa kereta dalam kelajuan malar. Maknanya tidak selalu memecut.

Pemandu bijak akan sentiasa mengaplikasikan teknik pemanduan yang betul...

0 comments: