5 Mei adalah tarikh keramat bagi negara Malaysia. Negara kita sudah hampir kepada ambang PRU13. Jadi semua rakyat Malaysia yang boleh mengundi bertanggungjawab untuk memilih pemimpin bagi menerajui tampuk pemerintahan. Sudah semestinya pemimpin yang bakal dipilih adalah yang terbaik antara terbaik. Di bawah digariskan 8 ciri pemimpin yang baik untuk anda nilai dan buat pilihan yang tepat:-
1. Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah""
2. Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul""
3. Memiliki sifat taqwa dan berintegriti""
4. Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi""
5. Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya""
6. Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti""
7. Berakhlak dan berbudi. pekerti mulia""
8. Menunaikan janji dan tidak berdusta.
Kita harus beringat bahawa pemimpin tidak boleh dipilih dgn tangkap muat. Tidak melantik pemimpin yang tidak takut kepada Tuhan. Selain itu, pemimpin tidak dilantik untuk dijadikan ejekan sama ada oleh orang yang dipimpin atau orang lain."
Pilihlah menggunakan akal fikiran yang waras dan jangan ikutkan hati kelak kita dan negara kita yang rugi.
Selamat mengundi!
8 ciri pemimpin yang baik
Info Post
0 comments:
Catat Ulasan