Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Begitulah yang dapat digambarkan tentang Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan karya-karya agung beliau. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni bermacam-macam jenis filem dan lagu telah dihasilkan. Karya-karya beliau pula bukan sekadar picisan tetapi mampu memberi impak yang menakjubkan dalam masyarakat Malaysia. Masakan tidak, semua karya beliau masih ditonton dan diminati semua lapisan masyarakat dari kecil sehinga dewasa.
Pada zaman yang serba moden pada masa kini filem-filem yang dihasilkan beliau masih diminati. Kanak-kanak yang tidak pernah melihat beliau juga merasakan aura dari filem tersebut sehingga ada dari kalangan mereka menyangka bahawa Tan Sri P Ramlee masih hidup. Justeru, timbul pelbagai persoalan tentang ramuan yang menjadi intipati dalam setiap karya keramat beliau
Jika diamati dengan betul terdapat keistimewaan dalam filem arahan beliau. Salah satunya unsur humor yang bukan semberono dilakukan. Lawak-lawak yang dilakukan pasti mengundang hilai tawa penonton. Lawaknya bersahaja, jalan ceritanya penuh pengajaran dan mesejnya melangkaui zaman.
Para pengarah filem seharusnya mencontohi Tan Sri P Ramlee. Semoga lahir sebutir bintang lagi seperti P Ramlee untuk mengangkat industri Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Tribute to P Ramlee today 22nd March 2013.
Tan Sri P Ramlee namamu tetap di hati
Info Post
0 comments:
Catat Ulasan